Wednesday, May 19, 2010


1987: Mahathir Adalah Bala Allah Ke Atas Rakyat Malaysia

Benar sekali. kalau Ku Li yang menang pemilihan UMNO 1987, kehidupan rakyat Malaysia sekarang jauh lebih makmur dan terjamin.

Tapi, mungkin kerana Allah SWT murka dengan rakyat Malaysia kerana tidak tunduk kepada perintah Allah, maka Allah SWT takdirkan seorang pemimpin yang zalim seperti Mahafiraun memimpin Malaysia. Teringat saya satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibu Majah and Imam Ahmad.
Rasulullah Saw bersabda:

“Ingatlah kalian apabila terjadi lima perkara ini dan aku berlindung kepada Allah mudah-mudahan lima perkara itu tidak terjadi pada kamu atau kamu tidak menjumpainya, yaitu,

Tidaklah perbuatan zina itu tampak pada suatu kaum, dikerjakan secara terang-terangan, melainkan tampak dalam mereka penyakit ta’un dan kelaparan yang tidak pernah dijumpai oleh nenek moyang dahulu.

Dan tidaklah kaum itu menahan zakat, melainkan mereka ditahan oleh Allah turunnya hujan dari langit, andai kata tidak ada binatang ternak tentu mereka tidak akan dihujani.

Dan tidaklah kaum itu mengurangi takaran dan timbangan, melainkan mereka disiksa oleh Allah dengan kesengsaraan bertahun-tahun dan sulitnya kebutuhan hidup dan nyelewengnya penguasa.

Dan tidaklah pemimpin-pemimpin mereka itu menghukumi dengan selain kitab yang diturunkan oleh Allah, melainkan mereka akan dikuasai oleh musuh yang merampas sebagian kekuasaan mereka.

Dan tidaklah mereka itu menyia-nyiakan kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya, melainkan Allah menjadikan bahaya di antara mereka sendiri.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah

Mungkin juga pada tahun 1987 rakyat Malaysia banyak melakukan dosa menipu dalam urusan perniagaan dan bisnes. Maka, Allah SWT menurunkan bala kepada kita dengan memenangkan Mahafiraun dan beliau kekal sebagai Perdana Menteri kita.


ANTARA KU LI dan MAHAFIRAUN

Senang sahaja. Ku Li faham dan mahir dalam mentadbir ekonomi. Mahafiraun mentadbir ekonomi negara macam mentadbir restoran mamak - kacau bilau dan huru hara.

Semua projek yang Ku Li jana berjaya dan hidup sampai sekarang. Contohnya yang paling jelas / paling besar adalah Petronas yang diasaskan sewaktu Ku Li Menteri Kewangan di bawah Tun Hussein Onn.

Juga,
Fleet Group yang menjadi syarikat pemegang amanah untuk UMNO berada dalam keuntungan yang besar sewaktu Ku Li melepaskkannya pada Daim Zainuddin dan banyak lagi contoh-contoh kecil kejayaan Ku Li sebagai Menteri Kewangan.

Gandingan Mahazalim-Daim pula telah berjaya mengharu birukan ekonomi Malaysia. HAMPIR SEMUA PROGRAM DAN PROJEK MAHAFIRAUN-DAIM gagal. Semua idea Mahazalim gagal kerana kesemuanya berteraskan konsep dan kaedah untuk mewujudkan satu kelompok bumiputera dan rakyat Malaysia yang benar-benar kaya. sebab itulah segala dasar yang nampaknya baik sebenarnya adalah kaedah untuk memastikan kelompok-kelompok yang terpilih itu benar-benar kaya, terlalu kaya, terlalu jauh hendak dibandingkan dengan rakyat jelata. Buktinya ada beberapa orang hartanya bertimbun-timbun dengan nilaiannya berbillion ringgit, tetapi pada masa yang sama ramai sekali rakyat yang hidup secara berhutang hanya untuk mendapatkan sebuah rumah dan ada yang langsung tidak berumah.

Itulah dia keinginan dan hajat Mahathir, Mahafiraun. Patutlah Musa Hitam letak jawatan. Musa Hitam tu 100x lebih bijak dalam ekonomi berbanding Mahafiraun. Dia dah nampak dah negara akan jadi macam kapal karam bawah dua ekor jaguan ni. Musa Hitam bukan macam Mahazalim, tak berani jumpa Pelajar Universiti, berdebat secara terbuka. Mahazalim pegi taja Akta Universiti sebab takut pelajar2 Universiti jatuhkan dia.

LAGI CERITA KEBODOHAN MAHAFIRAUN

Bayangkan,
kos “bail-out” projek2 penswastaan Mahafiruan sahaja berjumlah RM80 billion. Pada waktu yang sama, semua biasiswa di bawah DEB dihapuskan. Padahal, pemberian RM80 billion ni bukan satu bentuk “biasiswa” ke?

Rakyat marhean dipaksa ambik pinjaman pelajaran bawah SPN, manakala kroni pula diselamatkan apabila perniagaan mereka. Bayangkan betapa haru-birunya ekonomi negara bawah Mahafiraun-Daim-UMNO?

Masa kroni-kroni ni untung, siapa yang merasa keuntungan mereka? Jawapnya hanya individu berkenaan sahaja, tetapi rakyat jelata tidak dapat apa-apa. Sebaliknya bila rugi, rakyat jelatalah yang terpaksa menanggung bebanannya, dengan harga barang-barangan dan perkhidmatan dinaikkan dari semasa kesemasa sehingga menyusahkan rakyat semua.

Antara contoh kebodohan Mahazalim adalah bail-out LRT. Kenapa kena belanja sampai RM11-12 billion? Kan lebih baik suruh bank isytihar pemegang konsesi tu bankrap dan beli asset dan projek itu kembali dengan harga tak sampai RM1 billion? Lagi RM10-111 billion tu boleh guna buat stesen dan jalur LRT yang baru.

Tapi Mahazalim mahu menyelamatkan kroni serta kepentingan UEM/Renong/Daim dari bankrap. Maka, rakyat Malaysia terpaksalah masuk university dengan pinjaman pelajaran manakala kroni boleh hidup senang lenang dengan duit RM11-12 billion.

Sepatutnya barua2 seperti Daim Zainuddin ni dah lama masuk penjara sebab tak bayar hutang. Kroni2 beliau seperti Wan Azmi Wan Hamzah, Halim Saad, Tajuddin Ramli, Tajuddin Othman dsbnya sepatutnya dah duduk di Penjara Kajang ataupun Sungai Buloh sebab menjahanamkan ekonomi negara.

KESANNYA SEKARANG

Terpaksalah rakyat Malaysia bayar itu dan ini. Bagi pekerja-pekerja swasta, dahlah gaji tak naik, harga barang pula sentiasa naik. Tol sentiasa naik. Traffic jam makin teruk sebab takda duit nak tambah stesen serta track LRT. Duit semua Mahazalim dah guna untuk tolong kroni2 dia yang rugi meniaga sebab masing2 bodoh tak tahu meniaga tapi diberi peluang sebab masing2 kaki kipas dan kroni.

Bawah Pak Lah pun sama.Keadaan menjadi lebih teruk bagi rakyat yang bekerja sendiri seperti pemandu kereta sewa, petani, penoreh getah dan seumpamanya. Harga barangan melambung naik kerana gaji kakitangan kerajaan naik. Bebudak Tingkat 4 meneruskan legasi Mahazalim. Keuntungan dari duit minyak berjumlah lebih RM250 billion kita pun tak tau pegi mana. Semuanya dah masuk poket bebudak tingkat 4. Mereka itu rasa sebab mereka dah pergi Oxford/Cambridge, jadi mereka itu mestilah pandai. Tapi mereka takk sedar yang diri mereka itu dipergunakan oleh orang.

Haram jadah Mahafiraun dgn Daim ni tak kesah kalau rakyat Malaysia hidup tertekan sebab semua tu bukan duit dia. Segala keuntungan dia dah buat dan sekarang mereka hidup senang lenang.

Tinggallah kita rakyat Malaysia hidup dalam keadaan bangsat dan tertekan membayar kembali hutang-hutang yang dibuat Mahazalim dan Daim yang mahu menyelamatkan kroni2 mereka.

Sekali lagi saya sebut, pada 1987 Allah SWT mahu menurunkan bala pada rakyat Malaysia dengan memenangkan Mahathir ke atas Ku Li.

Tapi, jangan lupa,
Mahathir takkan menang kalau Sanusi Junid tidak bantu beliau menipu dalam pemilihan itu.

Kita rakyat Malaysia lah bodoh dan bahlul sebab pegi sokong Mahazalim dan UMNO. Selamanya kita hidup menanggung hutang yang banyak sampailah ke lubang kubur nanti.

Kita Bayar Tol Untuk Selamatkan PWTC Dari Di Lelong Bank Bumiputra

Tulang Besi bercadang mendedahkan bagaimana Dr. Mahathir serta UMNO hampir membankrapkan Malaysia. Dalam keadaan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi serta tinggi bilangan tenaga mahir, rakyat Malaysia majoriti masih hidup dalam kesempitan dan kesakitan. Kos hidup semakin tinggi dan tahap pendapatan rakyat Malaysia masih di takuk lama.

Gaji Siswazah baru keluar universiti secara purata RM1200 atau mengikut kajian yang lain, tidak mencecah RM2000. Padahal, kos hidup naik setiap tahun. Sepatutnya, gaji siswazah baru tamat pengajian berada di julat RM3500-4000.

Ini bererti bagi setiap siswazah, yang juga terpaksa membayar hutang SPN, mereka akan hidup di bawah kos hidup sepanjang hayat pekerjaan mereka. Kemungkinan besar mereka akan pencen dalam keadaan menanggung hutang ataupun wang EPF mereka terpaksa digunakan membayar hutang-hutang mereka. Hasilnya mereka terpaksa bekerja lagi apabila mereka bersara.

Dengan kata lain, nasib pekerja-pekerja di Malaysia adalah mereka terpaksa bekerja sampailah ke lubang kubur.

Artikel di bawah ini adalah cebisan kisah kenapa perkara ini berlaku.

BERMULA

Di dalam kebijaksanaan Dr Mahathir dan Daim Zainuddin menjaga dan mentadbir kewangan UMNO, tiba-tiba UMNO telah berhutang dengan banyak sekali. Sehingga PWTC hampir dilelong kerana pinjaman yang diambil UMNO tidak dibayar.

Pada tahun 1988, hutang UMNO kepada bank bagi projek PWTC adalah hampir RM300 juta (Bank Bumiputra) dan RM86 juta (bank lain). Bunga pinjaman sahaja berjumlah RM60k sehari.

Maka, kerajaan pada masa itu yang dipimpin Mahathir telah mengeluarkan tender Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Tender tersebut telah diberikan kepada sebuah syarikat yang hampir bankrap dan telahpun dibuang dari Bursa Saham Singapura. Syarikat tersebut bernama “United Engineers Malaysia (UEM)”.

Rupanya, apabila Samy Vellu ditekan dalam Parlimen, maka Samy telah mendedahkan siapa yang memegang saham dalam UEM. Samy mendedahkan bahawa UEM sebenarnya dipunyai oleh sebuah syarikat bernama “Hatibudi Sdn Bhd”. (
Raphael Pura and Stephen Duthie, “Malaysian Court Allows Highway Award: Government Can Give Rich Project to Firm Owned by Ruling Party”, AWSJ, 18 January 1988)

Samy Tol juga memberi pengesahan bahawa Pemegang Amanah dalam Hatibudi ini adalah Mahathir Mohamad, Ghaffar Baba, Daim Zainuddin and Sanusi Junid. Kesemuanya pada masa itu duduk dalam kabinet sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertanian.

Keempat-empat pemegang amanah syarikat UMNO ini adalah juga Ahli Kabinet Malaysia pada masa itu. Dan kabinet yang sama telah membuat keputusan memberi konsesi lebuhraya Utara Selatan kepada UEM yang dipunyai UMNO.

Maka, secara otomatik, rakyat Malaysia keseluruhannya terpaksa membayar tol yang semakin lama semakin tinggi kerana mahu menyelamatkan PWTC dari dilelong.

Tak heranlah apabila Najib Tun Razak sendiri telah mengakui:
"In the case of the North South Highway project, it is a means of UMNO solving it’s problems by repaying loans taken for the new UMNO Headquarters building"(Star 29 August 1987)

TERJEMAHAN BEBAS: Di dalam kes Lebuhraya Utara Selatan, ia adalah cara UMNO menyelesaikan masaalah membayar balik hutang yang ditanggung UMNO untuk membina bangunan Ibu Pejabat UMNO
JUMLAH KONSESSI PROJEK LEBUH RAYA UTARA SELATAN

Harus diingat bahawa konsessi yang telah diberi pada UEM ini dirancangkan supaya memberi keuntungan kepada UEM di dalam jumlah RM17 billion mengikut UEM. Tapi mengikut beberapa tokoh pembangkang jumlah konsessi untuk 30 tahun ini mencecah RM54 billion. Ini tidak termasuk pinjaman bebas bunga yang diberikan kepada UEM berjumlah RM1.65 billion dari Kerajaan Malaysia sewaktu konsessi ini mula-mula diberikan kepada UEM/UMNO.

Bayangkan, bukan sahaja UMNO dapat membayar hutang mereka kepada Bank Bumiputra untuk menebus bangunan mereka, mereka juga dapat membuat wang yang begitu banyak untuk kegunaan mereka.

Dan siapa yang sakit? Rakyat Malaysia yang sakit. Jadilah kita semua rakyat Malaysia hamba kepada UMNO dan alat mengkayakan beberapa suku sakat pimpinan UMNO

JASA KIT SIANG DAN KARPAL

Kit Siang dan Karpal telah membawa kes ini ke mahkamah. Mereka telah cuba menghalang pemberian konsesi Lebuhraya ini kepada UEM kerana jelas ianya satu bentuk korupsi. Malangnya, Mahkamah telah menolak permohonan mereka berdua.

Mahazalim, dengan marah, telah memberi beberapa respon:
a. Menangkap Karpal dan Kit Siang di bawah ISA sewaktu Operasi Lalang
b. Meluluskan Akta Rahsia Rasmi menjadikan semua dokumentasi urusniaga penswastaan Rahsia Rasmi dan memberi sepenuh kebebasan kepada UMNO untuk merompak negara
c. Mempercepatkan pemecatan Tun Salleh Abas dan hakim2 lain yang dilihat oleh Mahazalim sebagai penghalang kepada ketamakan UMNO dan Barisan Nasional
d. Menghancurkan Institusi Kehakiman di Malaysia
e. Membiak budaya korupsi dan politik wang.
Perkara a. sehingga e. adalah jasa Mahazalim dan Daim yang sebenar kepada rakyat Malaysia. Selain dari menjadikan rakyat Malaysia hamba kepada ketamakan Daim dan kroni2 UMNO, kita juga terpaksa menanggung kos korupsi dan gaji yang tidak naik.

Pada waktu yang sama, banyak kepentingan rakyat dihentikan i.e. biasiswa dsbnya.
Orang kaya dilindungi, orang miskin ditindas di Malaysia.

Apabila wang minyak nanti habis, terpaksa lah perempuan2 di Malaysia melacur semata-mata mahu membeli makanan untuk keluarga mereka, seperti di Indonesia. Nauzubillah min Zalik.

Tulang Besi